slide 1

Sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri

slide 2

Kursus Perakaunan Perniagaan MARA di Mayang Sari Resort, Port Dickson

slide 3

Sekitar majlis Pemimpin bertemu rakyat

slide 4

Fiesta Usahawan Jempol dan Pelancaran UK-Dinamik Peringkat N. Sembilan

slide 5

Kunjung Hormat ke Pejabat Dato' Hj. Halim (YDP MPS)

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
AHLI PERSATUAN PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR
NOTIS MAKLUMAN
SEMUA YDP-YDP DAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA CAWANGAN DIKEHENDAKI MENGHANTAR SESALINAN SENARAI AHLI-AHLI CAWANGAN MASING-MASING KEPADA SETIAUSAHA NEGERI SEBERAPA SEGERA SEBELUM PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN SERENTAK ANTARA CAWANGAN DIBUAT. TERIMA KASIH

Isnin, 27 Januari 2014

PM lancar Superb

Najib Tun Razak bersama ahli-ahli Majlis Ekonomi Bumiputera menunjukkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) iaitu geran bernilai RM500,000 untuk usahawan baharu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat dari kiri), Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa (lima dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Husni Salleh (empat dari kanan). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang menyediakan geran sehingga RM500,000 akan membuka permohonan penyertaannya bermula 2 Februari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyokong idea perniagaan yang kreatif serta inovatif daripada usahawan muda bumiputera dan menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk tempoh tiga tahun ini menerusi program Superb.

"Selain membantu syarikat-syarikat maju dan kukuh untuk berkembang, kerajaan juga menyedari bahawa ramai anak-anak muda yang mempunyai idea kreatif dan inovatif tetapi menghadapi cabaran untuk membangunkan idea tersebut dalam bentuk perniagaan," katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera kali ketiga di Putrajaya di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, usahawan-usahawan muda bumiputera yang layak untuk program Superb akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Kata Najib, penubuhan Superb yang diumumkan pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September tahun lalu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu dibuka kepada mana-mana usahawan muda Bumiputera atau syarikat-syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang tiga tahun.

Tambahnya, program Superb yang akan berjalan selama tiga tahun itu menyasarkan sebanyak 300 usahawan muda Bumiputera dapat dibantu dengan sasaran untuk tahun ini adalah 60 usahawan atau syarikat.

"Maklumat lanjut mengenainya akan dibuat melalui ikan di akhbar-akhbar harian pada 2 Februari ini. Kita berharap inisiatif-inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pelbagai kelompok usahawan Bumiputera sama ada yang telah berkembang atau baharu," katanya.

Dalam pada itu Najib memberitahu, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan usahawan bumiputera dan telah meluluskan Dana Mudah Cara Bumiputera sebanyak RM1.26 bilion yang melibatkan 116 syarikat sejak Ogos 2011 hingga bulan Januari ini.

Tambah beliau, jumlah Dana Mudah Cara yang diluluskan melalui Teraju adalah RM569.3 juta manakala melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) adalah sebanyak RM793.3 juta.

"Kerajaan telah memperkenalkan Dana Mudah Cara iaitu geran sehingga 15 peratus daripada keseluruhan kos projek yang bernilai sekurang-kurangnya RM5 juta dan mempunyai komponen infrastruktur, jentera dan peralatan," katanya.

Katanya, kerajaan sedar bahawa sokongan perlu diberikan kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan pelaburan melalui pembiayaan inisiatif swasta dan sekali gus membina kapasiti golongan itu untuk bersaing di pasaran terbuka.

Antara sektor terlibat bagi pengagihan Dana Mudah Cara adalah sektor minyak, gas dan tenaga dengan dana sebanyak RM122.4 juta untuk 22 projek, sektor pembangunan hartanah dan pembinaan (RM116.8 juta untuk 20 projek) serta sektor pemborong dan peruncitan (RM103 juta untuk 13 projek).

Sementara itu Najib memberitahu, pembiayaan bernilai RM453.3 juta dengan melibatkan 126 permohonan telah diluluskan di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Dana Teras) sejak Ogos 2012 sehingga Januari ini.

"Sehingga kini terdapat 520 buah syarikat berada di bawah program ini dan sebagai sokongan untuk meningkat daya saing syarikat, kerajaan telah mewujudkan Dana Teras untuk membiayai modal kerja dan pemerolehan aset.

"Jumlah keseluruhan Dana Teras yang disediakan adalah RM1.64 bilion dan disalurkan melalui tiga buah institusi kewangan iaitu SME Bank, RHB Islamic dan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)," katanya.

Rabu, 31 Oktober 2012

BINA BLOG SENDIRI UNTUK PERNIAGAAN

Puan Ngatikah Mat Jidi sanggup membawa anak perempuannya belajar ICT di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Medoi.

PUSAT Internet 1Malaysia (PI1M) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malysia (TM) memberi peluang begitu meluas kepada kumuniti setempat atau usahawan yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan menerusi internet.
Puan Ngatikah Mat Jidi merupakan seorang usahawan pastri dan bakeri dalam bidang pembuatan roti dan mufin. Seiring dengan kecanggihan teknologi ICT pada masa kini, kepesatan kemajuannya telah membuka minda beliau untuk turut sama menggunakan teknologi itu dalam memasarkan  produknya dengan lebih meluas lagi. Beliau telah hadir ke PI1M Medoi untuk mendapatkan bimbingan dan khidmat nasihat berhubung perniagaannya.
Respons Puan Ngatikah yang bersungguh-sunguh mahu belajar membuat pihak PI1M berbesar hati memberikan tunjuk ajar kepada beliau berkaitan asas komputer dan seterusnya membina blognya sendiri.
Sepanjang pembelajarannya berlangsung, Ngatikah tidak mengalami banyak kesukaran kerana beliau telah mempunyai pengetahuan asas berkenaan penggunaan komputer. Namun beliau berhasrat mendalami lagi penerokaan bidang ICT untuk dipraktikkan dalam perniagaan dan kehidupannya.
Puan Ngatikah mengikuti program asas komputer dan internet selama dua bulan. Pembelajaran dimulakan dengan memperkenalkan internet. Beliau diajar membuat akaun e-mel, akaun facebook (https://www.facebook.com/nazatie.mj), akaun blog (http://atikahmj.blogspot.com) dan online banking bagi memudahkan beliau mengurus perniagaan secara maya.
Sehingga kini beliau banyak menerima tempahan kek dan bahulu untuk majlis perkahwinan dari daerah sekitar, negeri berdekatan dan termasuk dari negara luar iaitu Singapura.
Hasil kegigihan dan ketekunannya berusaha, Puan Ngatikah mampu berbangga dengan pencapaiannya, sama ada dalam bidan ICT mahupun perniagaan yang semakin maju.
Kini kemampuan seseorang menguasai dunia siber memberi kesan pulangan yang cukup meluas terutamanya usahawan yang mahu belajar dan terus belajar. Dunia perniagaan dalam apa bidang sekalipun  kalau kita ada kekurangan  dan cetek ilmu internet kita sudah pasti ketinggalan jauh ke belakang sedang orang yang mahir dalam ICT  ada daya kreatif dan inovasi menghasilkan produknya untuk dipasarkan.

Isnin, 23 Julai 2012

PERUTUSAN PM SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2012


SYUKUR ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, sambutan Hari Koperasi Negara buat kali ke-11 dapat diadakan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana berjaya menganjurkan acara tahunan ini.

Gerakan koperasi yang bermula pada tahun 1922, telah berkembang dengan pesat dan pada masa ini bilangan koperasi berdaftar telah meningkat kepada 9,600 buah dengan keanggotaan seramai tujuh juta orang. Bilangan dan keanggotaan yang besar ini menunjukkan bahawa rakyat telah menerima koperasi sebagai satu pertubuhan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain itu, gerakan koperasi merupakan satu instrumen yang berkesan dalam menyatupadukan rakyat memandangkan prinsip koperasi tidak membezakan antara kaum, bangsa dan agama. Perpaduan juga dapat kita perkukuhkan melalui penglibatan semua komuniti dalam setiap program yang dilaksanakan di samping membolehkan mereka menikmati kekayaan negara sepenuhnya. Kerajaan yakin dengan mekanisme koperasi yang berlandaskan prinsip dan falsafah tersendiri yang dibudayakan dalam masyarakat akan dapat membantu kerajaan membina gagasan 1Malaysia.

Kerajaan menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan bagi membuka peluang kepada rakyat terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam hubungi ini, gerakan koperasi mampu memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan dalam Model Baru Ekonomi.

Saya berharap sambutan Hari Koperasi Negara 2012 akan menjadi lebih bermakna dengan keutuhan semangat perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui gerakan koperasi. Kerajaan akan terus menyokong gerakan koperasi supaya terus maju dan menjadi penyumbang yang signifikan kepada pembangunan negara.

1Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Khamis, 19 Julai 2012

90 TAHUN KOPERASI BERTAPAK DI MALAYSIA

GERAKAN koperasi bermula dengan tercetusnya Revolusi Perindustrian di England sekitar kurun ke 18. Di Malaysia pula, ia bermula pada 28 Jun 1922 apabila penjajah Inggeris meluluskan Akta Pertubuhan Koperasi.
Hakikatnya, gerakan koperasi bertitik tolak daripada satu hasrat iaitu membebaskan masyarakat daripada sebarang bentuk penindasan dan ketidakadilan.
Pada peringkat awal koperasi diperkenalkan, ia menjadi jalan keluar kepada penduduk luar bandar untuk mengelakkan tanggungan hutang yang tinggi sekaligus menggalakkan semangat berjimat cermat dan tolong-menolong dalam kalangan anggota.
Dunia mengiktiraf Robert Owen sebagai 'Bapa Koperasi' yang mencetuskan revolusi kepada gerakan koperasi moden sekalipun usahanya mewujudkan sebuah perkampungan berasaskan prinsip persaudaraan dan tolong-menolong pada tahun 1799 menemui kegagalan.
Namun, satu usaha 'kecil' digerakkan 28 penenun yang mengumpul satu pound setiap seorang akhirnya membawa nafas baru dalam gerakan koperasi.
Melihat kepada peranan koperasi yang mampu menyelesaikan banyak masalah dalam masyarakat, maka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf koperasi sebagai pertubuhan penting yang menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara-negara di dunia melalui Rekomendasi ILO 193.
Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) yang ditubuhkan pada tahun 1895 merupakan badan pertubuhan kerajaan terbesar dan mewakili gerakan koperasi di seluruh dunia. ICA dianggotai 249 anggota daripada 93 buah negara termasuk Malaysia.
Sehubungan itu, sempena Hari Koperasi Negara 2012 yang disambut buat kali ke-10, telah menyaksikan tempoh 90 tahun gerakan koperasi bertapak di negara ini. Sudah tiba masanya, koperasi diangkat martabatnya dan menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita dalam menjalani rutin harian.

EVOLUSI NAMA SKM
1922 - 1941 - Office ofthe Director of Cooperation
1945 - 1963 - Office of the Commisioner Cooperative Societies
1963 - 1975 - Jabatan Kemajuan Kerjasama
1975 - 2007 - Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia
2008 - kini - Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Khamis, 31 Mei 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA WARGA PENJAJA & PENIAGA KECIL


TERIMA KASIH PM!!!
Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKM) telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka lewat 27hb Mei lalu. Perhimpunan itu dihadiri oleh gabungan PPPKM seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. PPPKM Negeri Sembilan sendiri menghantar 16 buah bas yang mewakili 9 cawangannya ke perhimpunan mega tersebut. Diketuai oleh YDP Negeri, Ybhg Dato’ Hj. Zainol Ishak, rombongan dari Negeri Sembilan seramai lebih kurang 700 orang tiba seawal jam 4:30 petang.

Perhimpunan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani.

Dalam ucapan aluan Presiden PPPKM, Datuk Ramli Norani; beliau menjelaskan perhimpunan mega itu membuktikan golongan peniaga dan penjaja boleh berhimpun secara aman damai tanpa menimbulkan sebarang kejadian tidak diingini dan sama sekali tidak merugikan mana-mana pihak berbanding perhimpunan yang ditaja oleh BERSIH 3.0 baru-baru ini. Sehubungan dengan itu beliau mewakili gabungan PPPKM menyelar tindakan perhimpunan BERSIH 3.0 yang banyak menyusahkan rakyat dan merugikan penjaja dan peniaga.

Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya mengumumkan berita gembira buat peniaga dan penjaja kecil apabila yuran pendaftaran kali pertama dan pembaharuan lesen cuma berjumlah RM50 bagi tempoh lima tahun. Ia ternyata lebih murah daripada bayaran sebelumnya iaitu sebanyak antara RM30 hingga RM70 setahun atau kira-kira RM150 hingga RM350 bagi tempoh 5 tahun.

YAB Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen sebanyak 50 peratus. Pengumuman itu disambut penuh gembira dan rasa syukur oleh para penjaja dan peniaga. Bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini.

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menambah, kemaskini pendaftaran akan dilaksana untuk kerajaan mewujudkan satu skim insurans berkelompok. Butiran-butiran berkenaan skim insuran berkelompok ini akan diteliti dan maklumkan kemudian. Ia dijangka memberikan satu lagi kemudahan kepada para penjaja dan peniaga kecil yang pendapatan mereka tidak menentu termasuklah jika peniaga jatuh sakit atau hilang keupayaan untuk berniaga; maka skim ini merupakan skim perlindungan.

Satu lagi berita baik ialah Perdana Menteri berkata, bagi memastikan nasib peniaga dan penjaja kecil mendapat pembelaan sewajarnya, kerajaan akan meletakkan tanggungjawab itu di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Kita akan terus membela golongan peniaga dan penjaja kecil secara berterusan," tambahnya.

Makanan dan minuman pada perhimpunan malam itu disediakan oleh Felda D’saji. Turut mengadakan persembahan ialah kumpulan Rabbani dan Datuk M.Nasir. Majlis berakhir kira-kira jam 11:30 malam.

Isnin, 21 Mei 2012

MESYUARAT NGO-NGO DENGAN KPDNKKNS - TUKAR

Yang Dipertua PPPKMNS, Dato' Zainol Ishak dan Penolong Setiausaha, Hj Zubir Hj Dahari telah menghadiri Mesyuarat Projek TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Bangunan Akhma, Persiaran Utama S2-1, Seremban 2 pada 20 Mac 2012 yang lalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Talal Abu Bakar, Pengarah KPDNKK cawangan Negeri Sembilan dalam alu-aluannya mahukan ahli-ahli mesyuarat dapat bertukar-tukar fikiran dan input yang diberikan oleh NGO-NGO yang dipanggil ke mesyuarat dapat dimanfaat oleh kementeriannya.

Program Transformasi Ekonomi adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ujarnya.
Katanya lagi, program ini akan memfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional. Salah satu daripadanya yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan. Di bawah bidang ini sebanyak 13 Entry Point Projects (EPPs) telah dikenal pasti yang akan menyumbang sebanyak RM83.4 bilion Gross National Income (GNI) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai bank tempatan, pihak kosultan dan badan-badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan.

Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPPs yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:


  • + membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis 'mom and pop',
  • + meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan;
  • - tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
  • - selarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
  • - promosikan rantaian penawaran yang berkos efektif dan efesien;
  • - galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
  • + menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).

Bagaimana hendak menyertai Projek TUKAR, anda hanya perlu menghubungi pihak Konsultan yang terlibat atau Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan nombor talian 06-601 7490/ 6570/ 6500 atau faks 06-601 6334.

Senarai Konsultan yang boleh dihubungi ialah Mydin, Tesco, Carrefour, SKM, Aeon, Giant, YPUT, Econsave, Sunshine, Triples, Xpress Point, Terus Maju, Halal Capital dan DPMM.
Pembiayaan pinjaman Projek TUKAR melalui Bank Kerjasama Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dengan skop pembiayaannya:


  • Pengubahsuaian/ menaik taraf premis perniagaan;
  • Pembelian mesin atau peralatan; dan
  • Modal kerja untuk pembelian stok.
  • Jumlah pinjaman - RM20,000 hingga RM60,000.
  • Tempoh pinjaman - sehingga 15 tahun.
  • Caj perkhidmatan - 3% setahun.

Apa tunggu lagi, kemudahan sudah disediakan tepuk dada tanya poket. Hendak seribu daya.

Isnin, 23 April 2012

‘AH LONG’ DISEBALIK SYARIKAT PEMINJAM BERLESEN

Kajian mendapati syarikat pinjaman berlesen memperdaya peminjam dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan sedangkan menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 15 April 2011), kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap peminjam ialah tidak melebihi 18 peratus setahun jika tanpa cagaran manakala kadar faedah tidak melebihi 12 peratus setahun pula dikenakan dengan peminjam yang mempunyai cagaran.

Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini mendapati terdapat lebih 30 kes yang diterima mendapati peminjam dikenakan kadar faedah antara 72 peratus setahun hingga 360 peratus setahun. Terdapat segelintir syarikat pinjaman yang turut dikesan mesyaratkan mangsa menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai satu syarat kepada peminjam dan kad ATM tersebut akan disimpan oleh syarikat peminjam sehingga bayaran pinjaman selesai sepenuhnya beserta dengan segala kos dan kadar faedah yang dikenakan.
Lebih memeritkan lagi bakal peminjam ialah mereka memaksa peminjam menandatangani borang perjanjian yang dikosongkan tanpa menyatakan jumlah ansuran perlu dibayar. Tindakan ini tidak ada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh syarikat peminjam tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Long’.

Tinjauan mendapati terdapat lebih kurang 2,800 syarikat pinjaman berlesen yang beroperasi di seluruh negara ketika ini. Jika diandaikan 200 peminjam meminjam dengan syarikat-syarikat tersebut sejak 10 tahun yang lalu maka kira-kira 20% atau lima juta penduduk Malaysia terbabit dengan skim pinjaman ‘Ah Long’ yang bersembunyi atas status syarikat berlesen tetapi sebaliknya menafikan kehendak Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 15 April 2011).

Berdasarkan rekod, tiada lagi syarikat pinjaman berlesen ini yang mencatatkan kerugian sehingga terpaksa gulung tikar. Malah kewujudan syarikat peminjam berlesen yang sebenarnya terdiri dari ‘Ah Long-Ah Long’ ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) melaporkan statistik peminjam di Lembah klang sahaja menunjukan lebih 50 peminjam syarikat pinjaman berlesen ini terpaksa menanggung beban akibat dikenakan kadar faedah yang tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan dan mendakwa mereka diperdaya menandatangani dokumen dan baucer kosong sebagai syarat pinjaman.

Yang Dipertua PKP En. Samsudin Mohamad Fauzi ketika ditemui di pejabatnya di Cheras baru-baru ini berkata, syarikat pinjaman berlesen dilihat mengambil kesempatan daripada peminjam yang terlalu terdesak sehingga tidak menyedari kadar faedah yang dikenakan melebihi yang sepatutnya dan dalam banyak kes peminjam dikaburi jumlah kadar faedah yang dikenakan dengan menggunakan dokumen kosong yang ditandatangan peminjam.

Menurut beliau "Sebagai contoh, seorang peminjam yang dirakamkan percakapannya dengan pihak syarikat berkenaan mendakwa, dia terpaksa membayar melebihi RM7,000 dalam tempoh tiga tahun bagi pinjaman RM1,500,"
Samsudin memberitahu, pekerja syarikat pinjaman itu biasanya meminta peminjam mengosongkan borang perjanjian Jadual Pertama yang dilampirkan bersama Jadual J dengan alasan mereka terpaksa mengira terlebih dahulu jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dibayar.

Malah katanya, peminjam tidak diberikan salinan perjanjian pinjaman dan resit bayaran sehingga menyebabkan mereka seolah-olah teraniaya apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

"Malah, pemberi pinjaman wang berlesen itu dilihat seolah-olah menjalankan kegiatan mereka seperti Ah Long di sebalik lesen yang dimiliki.

"Mereka turut menuntut kad ATM untuk disimpan sehingga pinjaman dijelaskan sepenuhnya. Jika gagal, mereka akan menggunakan pihak ketiga (pemungut hutang) apabila mangsa enggan atau gagal membayar termasuk datang ke tempat kerja atau rumah peminjam untuk mengugut, memalukan dan mengaibkan mangsa," katanya.

Masalah ini turut mendapat perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihatkan pengguna yang diperdaya oleh ceti-ceti haram supaya melaporkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang. Bagaimanapun jelas Muhyiddin, kawal selia kegiatan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menurunkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

``Kementerian ini tidak ada apa-apa kuasa terhadap kes ini, cuma boleh nasihatkan pengguna sahaja... ia di bawah (bidang kuasa) kementerian lain,'' katanya.

Laporan akhbar-akhbar tempatan menyebut bagaimana ceti haram, termasuk syarikat pemberi pinjaman berlesen begitu berani mengenakan kadar pinjaman yang terlalu tinggi, tidak seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Mereka mengenakan kadar faedah yang mencecah sehingga 30 peratus sebulan atau 360 peratus setahun sedangkan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 hanya membenarkan kadar faedah antara 12 hingga 18 peratus setahun. Akta tersebut juga menyatakan sesebuah syarikat pinjaman berlesen hanya boleh memberi pinjaman antara RM10,000 hingga RM50,000 sahaja.

Kerajaan boleh menyiasat kegiatan itu sekiranya menerima aduan daripada orang ramai, khususnya mangsa yang terlibat. Menurut Muhyiddin, sekiranya syarikat pemberi pinjaman itu dilesenkan mereka boleh beroperasi, namun tidak boleh mengenakan faedah yang tinggi.
``Ada di antaranya mengenakan faedah tinggi antara 50 peratus hingga 100 peratus, ini tentu membebankan pengguna,'' katanya. Tambah beliau, pihak terbabit akan bertindak melebihi batasan hingga mengejar atau bertindak kasar terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman. Mereka yang membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen perlu memastikan hak-hak yang melindungi mereka sebelum membuat sebarang persetujuan dan menandatangani kontrak berkaitan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin pula berkata, pelanggan bukan sahaja perlu diberitahu mengenai kadar faedah yang dikenakan oleh syarikat pinjaman berlesen, malah mereka juga perlu mengetahui jumlah bayaran yang perlu dibuat pada setiap bulan. Selain itu katanya, peminjam juga berhak mendapatkan resit bagi setiap urusan pembayaran pada setiap bulan. Menurutnya, orang ramai yang ingin berurusan dengan syarikat pinjaman juga berhak untuk melihat lesen perniagaan syarikat tersebut sebelum memulakan proses pinjaman. Jika berasa ragu dengan syarikat pinjaman tersebut, mereka boleh membuat laporan terus kepada Kementerian Kewangan. Selain itu katanya, peminjam juga perlu meneliti segala syarat perjanjian yang dikemukakan sebelum menandatangani perjanjian pinjaman tersebut bagi mengelak diperdaya.

Ditanya mengenai saranan agar semua lesen pemberi pinjaman wang dilupuskan, Lajim berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana ia diluluskan di bawah Akta Peminjaman Wang 1951 yang memperuntukkan kemudahan itu kepada orang ramai. Namun katanya, individu atau syarikat pinjaman yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, boleh didenda sebanyak RM20,000 atau 18 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

PPPKMNS form generated by Tajol Ariffin