BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
AHLI PERSATUAN PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR
NOTIS MAKLUMAN
SEMUA YDP-YDP DAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA CAWANGAN DIKEHENDAKI MENGHANTAR SESALINAN SENARAI AHLI-AHLI CAWANGAN MASING-MASING KEPADA SETIAUSAHA NEGERI SEBERAPA SEGERA SEBELUM PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN SERENTAK ANTARA CAWANGAN DIBUAT. TERIMA KASIH

Jumaat, 11 Februari 2011

CARA MENGURUS DUIT

KITA sering tergoda untuk menggunakan duit melebihi jumlah yang ada kerana kewujudan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Kita merasa seronok malah berbangga mempunyai kad kredit yang melambak di dalam dompet duit.


Perkara yang amat penting yang harus kita ingat pada setiap masa ialah wang tersebut bukan percuma dan ia perlu dibayar semula termasuk dengan kadar faedah sekali.

Dalam soal membuat pinjaman, kita sering diilusikan dalam kotak pemikiran yang kita ini ada kemampuan menguruskan hutang yang ada. Kita biasanya meletakkan soal itu ditempat kedua atau tercorot. Yang menjadi keutamaan dapatkan duit dulu.

Kita juga hendaklah peka dengan terma syarat pinjaman yang dibuat. Kita hanya baca termanya hanya sepintas lalu saja. Siapa yang sanggup baca terma syarat dalam bentuk perundangan. Di sinilah kita banyak terperangkap atau terjebak dalam bahasa undang-undang.

Apabila kita gagal melunaskan hutang setiap bulan, kadar faedahnya meningkat. Kita menjadi buruan pihak bank dan akhirnya disenaraihitamkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

PPPKMNS form generated by Tajol Ariffin