BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
AHLI PERSATUAN PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR
NOTIS MAKLUMAN
SEMUA YDP-YDP DAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA CAWANGAN DIKEHENDAKI MENGHANTAR SESALINAN SENARAI AHLI-AHLI CAWANGAN MASING-MASING KEPADA SETIAUSAHA NEGERI SEBERAPA SEGERA SEBELUM PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN SERENTAK ANTARA CAWANGAN DIBUAT. TERIMA KASIH

Sabtu, 24 September 2011

'MARKING' LOT (PETAK) PASAR MALAM

Pada 24/09/2011, YDP PPPKMNS-Caw.Seremban Selatan yang baru iaitu En. Mohamad Yusof Wahab bersama Timbalan YDP, Hj. Zubir Hj. Dahari dan Setiausaha cawangan,  En. Tajol Ariffin Hasan telah meluangkan masa melawat tapak pasar malam di Taman Sri Pulai 3, Sikamat. Tiga orang AJK Tertinggi ini telah membuat penandaan atau 'marking' dengan penyembur cat berwarna kuning dan putih. Tapak pasar malam bersaiz 10 x 10 itu disusun dalam geometri berbentuk L dan hasil pengukuran yang dijalankan, jumlah lot niaga yang dapat ditawarkan pada peniaga pasar malam berjumlah kira-kira 97 lot. 

Persatuan dijangka akan memperoleh sumber pendapatan mingguan daripada sewaan lot niaga pasar malam tersebut. Lot niaga pasar malam masih dibuka untuk tempahan daripada para peniaga pasar malam yang berminat. Berdasarkan lokasi tapak niaga, persatuan menjangkakan perniagaan pasar malam itu akan memberi pulangan yang lumayan memandangkan populasi penduduk di kawasan terbabit adalah tinggi.  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

PPPKMNS form generated by Tajol Ariffin