slide 1

Sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri

slide 2

Kursus Perakaunan Perniagaan MARA di Mayang Sari Resort, Port Dickson

slide 3

Sekitar majlis Pemimpin bertemu rakyat

slide 4

Fiesta Usahawan Jempol dan Pelancaran UK-Dinamik Peringkat N. Sembilan

slide 5

Kunjung Hormat ke Pejabat Dato' Hj. Halim (YDP MPS)

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
AHLI PERSATUAN PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR
NOTIS MAKLUMAN
SEMUA YDP-YDP DAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA CAWANGAN DIKEHENDAKI MENGHANTAR SESALINAN SENARAI AHLI-AHLI CAWANGAN MASING-MASING KEPADA SETIAUSAHA NEGERI SEBERAPA SEGERA SEBELUM PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN SERENTAK ANTARA CAWANGAN DIBUAT. TERIMA KASIH

Sabtu, 31 Disember 2011

MESYUARAT AJK KALI KE 2/2011


Satu notis panggilan mesyuarat AJK telah dibuat oleh setiausaha PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan atas arahan YDP Cawangan pada tanggal 31/12/2011 bertempat di pejabat PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan.. Ia merupakan mesyuarat kali ke 2 AJK untuk sesi pentadbiran 2011-2014. Ia juga merupakan mesyuarat penutup untuk tahun ini (2011) sebelum persatuan menginjak ke tahun 2012. Kali ini mesyuarat bukan sahaja memanggil barisan AJK dan Biro-Biro tetapi juga memanggil bakal-bakal peminjam UK-Dinamik. Sehubungan dengan itu satu taklimat khas tentang UK-Dinamik telah disampaikan oleh YDP Cawangan, En. Mohd Yusof Wahab kepada bakal peminjam UK-Dinamik.

Dalam ucapan aluan YDP Cawangan, En. Mohd Yusof Wahab melahirkan rasa dukacita kerana kurangnya komitmen AJK dan Biro dalam memainkan peranan sebagai anggota AJK dan Biro persatuan. Kehadiran mesyuarat AJK sekadar mencukupi syarat 1/4 anggota tetapi En. Mohd Yusof Wahab tidak mahu perkara ini terusan menjadi amalan sebahagian besar AJK dan Biro kerana mereka ini dilantik dan diamanahkan untuk menerajui beberapa Biro dengan portfolio yang telah ditentukan. Senario sekarang menyaksikan persatuan hanya digerakan oleh beberapa orang AJK dan Biro sahaja sehinggakan ada antara AJK dan Biro yang terpaksa menjalankan lebih dari 2 peranan. Seorang AJK, Hj. Abd. Hadi Ahmad mencadangkan agar AJK dan Biro yang tidak aktif ini digugurkan namun YDP Cawangan berpendapat perkara itu perlu mengikut perlembagaan persatuan iaitu sehingga 3 kali AJK/Biro berkenaan gagal hadir dalam mesyuarat AJK, maka barulah keputusan menggugurkan mereka dari barisan AJK/Biro akan dibuat.

Apa yang paling menyedihkan ialah kegagalan kebanyakan bakal-bakal peminjam UK-Dinamik untuk hadir mendengar taklimat khas yang turut menjadi agenda utama mesyuarat pada petang itu sehinggakan YDP Cawangan terpaksa memikirkan semula senarai bakal-bakal peminjam yang tidak hadir dengan alasan yang remeh temeh. Setakat ini 11 orang bakal peminjam UK-Dinamik yang dikenal pasti akan melalui penilaian semula oleh YDP Cawangan bersama beberapa orang AJK Tertinggi persatuan. Penilaian ini termasuklah dari segi komitmen dan kesungguhan mereka memberi kerjasama pada persatuan.

Pelancaran UK-Dinamik peringkat Negeri Sembilan dijangka akan dibuat pada awal tahun depan (Jan, 2012) di Kuala Pilah. PPPKMNS-Caw. Kuala Pilah akan menjadi tuan rumah pelancaran tersebut. Menurut YDP Negeri, Dato' Hj. Zainol Ishak; PPPKMNS kini sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk majlis pelancaran tersebut yang dijangka akan dirasmikan oleh YB Dato' Hasan Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah.


SENARAI BAKAL PEMINJAM UK-DINAMIK PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN
BIL NO AHLI NAMA NO.KP/
WARNA
NAMA PERNIAGAAN DAN
NO TEL
1 001 Mohd Yusof B. Wahab 520311-05-5287 (Biru) Perniagaan Yusof Wahab/014-338082
2 002 Hj. Zubir b. Hj. Dahari 511120-05-5423 (Biru) Zuraya Entertainment/019-3412636
3 028 Syed Ali Irra Suriawan 801121-08-6665 (Biru) Teratai Syirra Enterprise/017-6514441
4 055 Kasdilla bte Kasin 770203-04-5534 (Biru) Dzueno Enterprise/017-3095486
5 056 Norlidawati bte Omar (840404-10-6058 (Biru) A & A Collection & Trading/012-3463831
6 057 Zurina Bte. Zulkaply 680331-05-5164 (Biru) Zurina Bte. Zulkaply/017-6351908
7 058 Zaimidi B. Mat Jin 710927-05-5231 (Biru) Midie Dental Laborator/012-2699808
8 059 Mohd Azmi B. Idris 801023-05-5005 (Biru) Khalis Autoworks/019-6435746
9 060 Mohd Yusri B. Mesni 751220-01-6133 (Biru) NYN Trading/017-4518417
10 061 Salman B. Ahmad Jamil 821219-71-5085 (Biru) Ilham Creative Advertising/017-6053700
11 062 Mohd Hazlin B. Kamarudin 820310-05-5183 (Biru) Daya Kursani Ent/017-3606351

Timbalan YDP Cawangan, Hj. Zubir Hj. Dahari pula dalam taklimat koperasi KUMNSB menjelaskan penyusunan semula urusan pentadbiran koperasi telah berjalan kira-kira 95%. Segala masalah teknikal telah dapat diatasi. Sebaik minit mesyuarat agung koperasi yang dihantar mendapat kelulusan pihak SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia), maka beberapa pindaan perlembagaan akan terpakai. Ini termasuklah bayaran masuk keahlian koperasi adalah RM20.00 sahaja (berbanding RM50.00) manakala bayaran minima syer hanya RM100.00. (berbanding RM300.00). Apa yang diharapkan agar ahli-ahli PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan dapat mendaftar sebagai ahli koperasi yang secara tidak langsung menyokong penubuhan koperasi KUMNSB ini.

Pada satu pertanyaan yang disuarakan oleh seorang ahli iaitu apakah perlu seseorang ahli yang telah mendaftar menjadi ahli kepada salah satu persatuan cawangan PPPKMNS, mendaftar lagi untuk satu lagi persatuan cawangan PPPKMNS? Menganggap ini adalah agenda 'Perkara Berbangkit' dalam mesyuarat, setiausaha PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan; En. Tajol Ariffin Hasan menjelaskan perkara itu tidak perlu kerana seluruh persatuan cawangan PPPKMNS tertakluk pada perlembagaan yang sama dan mengguna pakai nombor pendaftaran yang sama di ROS. Justeru sepatutnya tidak timbul pertindanan keahlian apatah lagi pentadbiran induk (PPPKM.Negeri Sembilan) dalam rangka membuat penyelarasan nombor keahlian peringkat negeri. Untuk kepastian, setiausaha terus menghubungi YDP Negeri, Dato' Hj Zainol Ishak untuk mendapatkan penjelasan. YDP Negeri seperti yang diyakini memberikan jawaban yang sama iaitu tidak perlu menjadi ahli untuk 2 persatuan PPPKMNS.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:10 petang.


Ahad, 25 Disember 2011

LAGI KEDAI KONSEP 1MALAYSIA DIPERKENAL

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Selaras dengan usaha kerajaan untuk menurunkan harga barang makanan di negara ini, Restoran Sekinchan Ikan Bakar tampil dengan inisiatif baru membuka Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M).

Pengasasnya, Datuk Jamal Yusof berkata, kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa itu berkonsepkan seakan-akan Kedai Rakyat 1Malaysia dan menawarkan harga kira-kira 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding harga ikan di pasaran.

Menurutnya, bagi membantu golongan berpendapatan rendah, KIR1M menjual lima jenis ikan iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling.

"Kesemua ikan yang dijual di sini dibawa terus daripada nelayan dan pembekal tanpa melalui orang tengah. Ia adalah salah satu faktor kami mampu menjualnya dengan harga yang murah," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kedai itu di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif.

Tambah Jamal, selain menjual ikan, kedai tersebut juga menjual produk-produk runcit lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan barangan kering yang didapatkan terus daripada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Katanya, kedai itu beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Beliau juga bercadang membuka tiga lagi cawangan KIR1M di Mahkota Cheras, Tasik Permaisuri dan Setapak sebelum akhir tahun ini.

"Kami sedang memikirkan untuk membuka 30 cawangan lagi pada tahun depan," ujarnya.

Sementara itu Raihan berkata, kementerian akan terus membantu pihak swasta untuk memasarkan serta mendapatkan bekalan daripada agensi yang berkaitan.

Jelasnya, kementerian juga akan terus memantau kedai tersebut bagi mengelakkan sebarang rungutan daripada pengguna.

"Kita perlu ingat harga yang murah tidak semestinya sesuatu barang itu tidak berkualiti," tambahnya.

Temu bual
1) Adakah konsep KIR1M bersesuaian dengan saranan kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah?

JAMAL: Tujuan kami mewujudkan KIR1M bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk berbelanja tanpa berasa terbeban memandangkan harga ikan dan barang runcit semakin meningkat.

KIR1M menjual tujuh jenis ikan rakyat antaranya ikan kembung, selar, selayang, cencaru, pelaling dan juga jenis ikan lain. Keseluruhannya lebih 30 jenis ikan.

Kesemua ikan yang dijual di sini dibawa terus daripada nelayan dan pembekal tanpa melalui orang tengah. Ia adalah salah satu faktor kami mampu menjualnya dengan harga yang murah. Selain menjual ikan, kami juga menjual produk-produk runcit lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan barangan kering yang didapatkan terus daripada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

2) Bagaimana idea KIRIM diwujudkan?

JAMAL: Apabila kerajaan menyarankan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), saya terjemahkan maksud Perdana Menteri itu kepada KIR1M. Sebelum membuka kedai ini, kami membuat kajian selama enam bulan. Kami melihat harga ikan di pasar adalah mahal kerana wujudnya orang tengah. Justeru, kami dapatkan ikan terus daripada nelayan dan pembekal serta dapat menjualnya dengan harga yang sangat murah berbanding di pasar. Konsep ini dapat diterima oleh masyarakat. Buktinya pelanggan kami sentiasa meningkat jumlahnya dari sehari ke sehari.

3) Kenapa konsep 1 Malaysia?

JAMAL: Barangan yang dijual seperti ikan, sayur-sayuran dan barang runcit yang lain adalah untuk keperluan setiap rumah. Di sini, kami menjualnya dengan harga yang murah. Maksudnya, ia boleh dibeli oleh semua lapisan masyarakat dan mereka yang berpendapatan rendah pun mampu membeli.

4) Apakah pelanggan benar-benar menikmati harga ikan yang murah berbanding di pasaran?

JAMAL: Kami sebenarnya mendapatkan bekalan ikan pada harga 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Sebagai contoh ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM9 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 hingga RM15 sekilogram. Kami menjual ikan serendah RM2 hingga RM40 sekilogram. Kualitinya tetap dijamin segar agar pelanggan tidak berasa tertipu. Kesemua jenis ikan yang dijual diperoleh terus daripada nelayan di Hutan Melintang, Perak, Sekinchan, Selangor dan lain-lain tempat. Kami mempunyai pekerja logistik RSIB yang bergerak sekali mendapatkan bekalan ikan untuk KIR1M.

5) Bagaimana kualiti ikan-ikan yang dijual di KIR1M?

JAMAL: Walaupun ikan tersebut murah tetapi kualitinya tetap dijamin segar berikutan kesemuanya didapati daripada pembekal utama ikan sedia ada di RSIB.

Ikan-ikan yang berlebihan pula tidak akan dijual semula sebaliknya akan digunakan sebagai nilai tambah kepada produk RS1B iaitu dijadikan ikan kukus, kuah laksa sejuk atau makanan kepada pekerja. Cara menyimpan ikan juga penting dan kami mempunyai peti sejuk khas dengan formula penyimpanan ikan yang betul. Jika anda pergi ke pasar, ikan-ikan yang berlebihan tetap dijual dan menyebabkan pelanggan mendapat ikan yang tidak segar. Berbeza di KIR1M, kami akan memastikan pelanggan mendapat ikan baru dan segar setiap hari. Kami mempunyai satu pasukan yang akan bertanya kepada pelanggan tentang kualiti barangan kami. Ini adalah cara untuk kami memperbaiki perkhidmatan KIR1M.

Selain itu kami juga memasarkan ayam terus dari ladang dan dijual hari ini pada harga RM5.70 sekilogram berbanding di pasaran RM7.80 sekilogram.

6) Bagaimana sambutan daripada penduduk sekitar Setiawangsa?

JAMAL: Pembukaan cawangan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Dianggarkan seramai 1,200 pengguna mengunjungi KIR1M sejak dibuka pada 2 Disember lalu. Jumlah ini akan bertambah dua kali ganda pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kami beroperasi setiap hari mulai pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Selain itu, kami menyediakan 600 lot tempat meletak kereta dalam Plaza Centrum untuk kemudahan pelanggan.

7) Bagaimana dengan persaingan pasar raya yang lain?

JAMAL: Kami mempunyai konsep yang tersendiri berbanding dengan pasar raya yang lain. Pembukaan KIR1M mampu membantu golongan berpendapatan rendah membeli ikan segar dan barangan runcit pada kualiti sama dengan pasar raya dan kedai runcit lain.

Misalnya kami menjual ikan dan barang runcit yang ada jenama dengan harga yang murah. Contohnya harga susu pekat manis yang berjenama dan boleh didapati di pasar raya lain lebih murah. Kami mahu pelanggan berbelanja lebih di sini dengan harga yang rendah.

8) Apakah perancangan Datuk di masa hadapan?

JAMAL: Dalam masa terdekat kami akan membuka tiga buah KIR1M di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan yang telah dikenal pasti adalah di Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tasik Permaisuri dan Setapak. Cawangan RSIB Bandar Mahkota Cheras akan ditukar kepada KIR1M dan restoran berkenaan akan dibuka di Port Dickson, Negeri Sembilan. Selain itu, kami juga akan membesarkan KIR1M cawangan Setiawangsa dan akan menambah barangan seperti pakaian dan barangan perkakasan. Kami juga akan menjual ikan rakyat ini di setiap Restoran Sekinchan. Kami mahu usaha membantu rakyat ini dilakukan secara menyeluruh. Sementara menunggu kami membuka cawangan KIR1M yang lain, orang ramai boleh mendapatkan ikan dengan harga yang murah di 20 cawangan RSIB.

9) Apakah nasihat dan saranan Datuk kepada syarikat korporat lain?

JAMAL: Mungkin selepas ini syarikat korporat lain dapat mewujudkan konsep kedai yang sama untuk membantu rakyat supaya mereka dapat berbelanja lebih dengan harga yang murah. Dalam perniagaan, selain keuntungan, kadang-kadang soal kebajikan orang ramai perlu diambil kira. Sekarang kos sara hidup adalah terlalu tinggi, jadi inilah peranan syarikat seperti kami untuk membantu rakyat. Jika kita lihat secara global, syarikat yang berjaya memenangi hati orang ramai akan maju ke hadapan.

Kredit Untuk Mingguan Malaysia

Jumaat, 23 Disember 2011

LEBIH 4.6 JUTA PERNIAGAAN BERDAFTAR SSM



SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) telah mendaftarkan sehingga November tahun ini sebanyak 964,612 syarikat dan lebih 4.6 juta perniagaan serta firma di seluruh negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika merasmikan Hari Inovasi peringkat kementerian di Putrajaya baru-baru ini.



Pada perasmian tersebut juga beliau telah memperkenalkan satu wadah perniagaan baharu yang dikenali sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sebagai alternatif kepada para peniaga untuk memulakan perniagaan. PLT yang telah diluluskan oleh Dewan Negara menggabungkan kriteria sesebuah syarikat dan firma perniagaan yang memberikan perlindungan terhadap liabiliti terhad kepada ahli-ahli dan urusan dalaman yang lebih fleksibel.



Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PLT membolehkan golongan peniaga membuat pilihan untuk menggunakan wadah perniagaan yang lebih fleksibel dari segi penubuhan, pelaksanaan, pematuhan dan penggulungannya. Selain itu, kata beliau, konsep PLT juga akan menyokong perniagaan baru, industri kecil dan sederhana serta golongan profesional untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang terhadap libiliti dan aset peribadi.



Beliau menambah, pengenalan PLT bertujuan untuk melengkapi pilihan tradisi bentuk perniagaan sedia ada seperti pemilikan tunggal dan perkongsian, maka ia dianggap sebagai memberi golongan peniaga dan pelabur kelonggaran dan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang terbaik dan menepati keperluan mereka berdasarkan kriteria komersial. Melalui pengenalan PLT ini orang ramai akan mendapat lebih banyak pilihan untuk menjalankan perniagaan yang tidak hanya tertumpu kepada bentuk perniagaan bercorak tradisional seperti penubuhan syarikat, milikan tunggal, perkongsian atau firma perkongsian.



Inisiatif yang dilaksanakan SSM akan menjadikan negara lebih kompetitif dalam menghadapi era globalisasi yang sejajar dengan kehendak kerajaan ke arah memendekkan prosedur, mengurangkan kos pentadbiran dan permintaan pematuhan untuk memudahkan urusan perniagaan golongan komuniti peniaga.

Selasa, 20 Disember 2011

BANK RAKYAT ANTARA 300 KOPERASI TERBAIK DUNIA

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd., (Bank Rakyat) mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila tersenarai dalam laporan Global 300, Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) sebagai antara 300 koperasi terbaik dunia. Berdasarkan laporan Global 300 ICA yang diumumkan baru-baru ini, bank koperasi itu berada di tempat ke-245, menjadikannya koperasi pertama di Malaysia yang pernah tersenarai dalam laporan tersebut.Senarai itu berdasarkan prestasi dan pencapaian koperasi gabungan ICA bagi tahun 2008. Sebelum ini, bank berkenaan bersama beberapa koperasi dari Malaysia hanya tersenarai dalam 150 koperasi ICA terbaik di kalangan negara-negara membangun.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Md. Yusuf Samsudin berkata, pengiktirafan besar itu amat membanggakan sekali gus membuktikan keupayaan koperasi Malaysia untuk menyerlah di peringkat global.

''Pengiktirafan tersebut berdasarkan beberapa kriteria termasuk perolehan tahunan yang memberangsangkan, manfaat yang diperoleh ahli serta kualiti produk Bank Rakyat," katanya selepas merasmikan bangunan baru Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Perak di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Angkasa negeri, Radzi Jaafar.

Md. Yusuf berkata, selain Bank Rakyat, pihaknya menyasarkan sebuah lagi koperasi Malaysia iaitu Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) akan disenaraikan dalam Global 300 ICA pada tahun depan.

''Berdasarkan perolehan tahunan serta nilai aset yang sangat memuaskan, kita yakin KPF juga mampu tersenarai," katanya sambil menambah laporan prestasi koperasi terbabit kepada ICA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Md. Yusuf memberitahu, SKM mengunjurkan perolehan tahunan koperasi di negara ini mampu mencecah sehingga RM24 bilion pada tahun depan, meningkat enam peratus berbanding tahun ini. Katanya, dengan jumlah koperasi yang dijangka meningkat kepada 10,000 buah berbanding 9,000 pada tahun ini, sasaran itu mampu dicapai melalui penglibatan lebih banyak koperasi dalam bidang perniagaan berskala besar.

''Sebab itu, kita sedang mengatur pelbagai strategi bagi membolehkan koperasi-koperasi kecil dan sederhana menceburi bidang perniagaan berpendapatan tinggi seperti perumahan, perladangan, pengangkutan dan pemerosesan," jelasnya.

Isnin, 19 Disember 2011

SKM UNJUR PEROLEHAN RM24 BILION 2012

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) mengunjurkan perolehan tahunan koperasi di negara ini mampu mencecah sehingga RM24 bilion pada tahun 2012, meningkat 6% berbanding tahun ini. Ia berdasarkan jumlah koperasi yang dijangka meningkat kepada 10,000 berbanding 9,000 pada tahun ini yang mana sasaran itu mampu dicapai melalui penglibatan lebih banyak koperasi dalam bidang perniagaan berskala besar.

Perkara tersebut dizahirkan oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md. Yusuf Samsudin ketika merasmikan bangunan baru Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Perak di Ipoh baru-baru ini. Beliau menambah, sebab itu SKM sedang mengatur pelbagai strategi bagi membolehkan koperasi-koperasi kecil dan sederhana menceburi bidang perniagaan berpendapatan tinggi seperti perumahan, perladangan, pengangkutan dan pemprosesan
.
Datuk Md. Yusuf melahirkan rasa gembira dan bangganya atas pemilihan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) yang berada di tangga ke-245 daripada 300 koperasi terbaik dunia. Ia adalah satu pengiktirafan besar yang membuktikan keupayaan koperasi Malaysia menyerlah di peringkat global. Pengiktirafan tersebut disenaraikan dalam laporan Global 300 Perikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) berdasarkan beberapa kriteria termasuk perolehan tahunan yang memberangsangkan, manfaat yang diperoleh ahli serta kualiti produk Bank Rakyat itu sendiri.

SKM turut menyasarkan satu lagi koperasi yang akan mengikut jejak langkah Bank Rakyat iaitu Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) yang akan disenaraikan dalam Global 300 ICA pada tahun depan.

Jumaat, 16 Disember 2011

PROSPER TERAS AGIH RM15 JUTA UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah mengagihkan RM15 juta kepada usahawan bumiputera menerusi program Prosper Teras sehingga 30 November 2011. Sebanyak 50 perniagaan melibatkan 72 usahawan bumiputera yang terbabit dalam bidang automotif menerima peruntukan tersebut sejak diperkenalkan pada Julai lalu. Selain itu PUNB turut memberi tumpuan kepada sektor peruncitan yang membolehkan lebih ramai penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan menjelang tahun 2020. PUNB juga turut memberi penekanan kepada sektor yang sukar dibangunkan seperti perkakasan komputer (hardware) yang masih belum diteroka pengusaha bumiputera pada masa ini.

Prosper Teras diwujudkan untuk membangun dan membantu usahawan peruncit bumiputera meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor ekonomi dan menjadi penyumbang kepada masyarakat berpendapatan tinggi. Prosper Teras diilhamkan melalui makmal Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Ia adalah transformasi peruncitan bumiputera dengan objektif menaik taraf perniagaan runcit untuk keseragaman jenama, susun atur produk, pilihan produk dan sistem bersepadu.

Fokus utama bidang perniagaan di bawah program ini adalah berkonsepkan peruncitan, automotif atau mana-mana sub sektor industri peruncitan yang di kenal pasti mempunyai nilai tambah dan komersial tinggi. Antara syarat yang dikenakan adalah bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas dengan rekod kewangan yang memuaskan dan perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu tahun.

Program Prosper Teras merangkumi:
1. Pembiayaan
Ciri-ciri pembiayaan yang disediakan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan ialah:
- Pembiayaan berlandaskan Syariah berbentuk tunai untuk tujuan ubahsuai premis, modal kerja dan keperluan tunai yang berkaitan.
- Pembiayaan berlandaskan Syariah untuk pembelian aset tetap, stok barangan dan keperluan aset yang berkaitan.
- Jumlah pembiayaan dari RM50,000 sehingga maksimum RM500,000.
- Tempoh pembiayaan dari 2 - 7 tahun.
- Sumbangan modal sekurang-kurangnya 10% dari jumlah kos projek.

2. Perkhidmatan Perniagaan
PUNB turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
i) Khidmat nasihat dan pemantauan
Menyediakan khidmat nasihat dan pemantauan ke atas pengurusan dan operasi syarikat untuk membentuk urus tadbir korporat yang cemerlang.
ii) Pembangunan usahawan dan latihan
Pembangunan usahawan dan latihan juga disediakan yang merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi dan pengurusan am.
iii) Jaringan Perniagaan
Membantu menyediakan peluang untuk usahawan meluaskan skop jaringan perniagaan melalui program dan aktiviti yang dikenal pasti.

Fokus bidang perniagaan:
- Pasar mini (mengguna pakai konsep Mydin)
- Automotif
- Atau mana-mana sub sektor industri peruncitan yang dikenal pasti mempunyai nilai tambah dan komersial yang tinggi.


Proses permohonan
  • Langkah 1 - Pendaftaran dan sesi ujian kesesuaian keusahawan.
  • Langkah 2 - Bengkel rancangan perniagaan (ditawarkan sebagai pilihan)
  • Langkah 3 - Penyerahan rancangan perniagaan dan penilaian awal
  • Langkah 4 - Pembentangan cadangan perniagaan
  • Langkah 5 - Kelulusan pembiayaan.

Khamis, 15 Disember 2011

ENAM BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

1. Bilakah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA) ?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri  yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:


  1. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
  2. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
  3. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
  4. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
  5. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  6. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).
3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut
• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan
• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.
• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.
• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan

Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan
• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.
• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.
• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.
• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.

5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.
• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.
• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.
• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah
• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.
• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

i) Jenayah jalanan
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.
ii) Keselamatan awam
Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.
iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.
•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.
• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.
•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.
• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.
• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.
•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.
• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.
• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. 

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.
Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

Sabtu, 10 Disember 2011

LAWATAN KE KEDAI KOPERASI MASJID















Sekitar lawatan 3 ahli lembaga KUMNSB ke Kedai Koperasi Masjid Panchor Jaya.


TIGA Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Melayu Negeri Sembilan Berhad (KUMNSB) telah membuat lawatan dan meninjau Kedai Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya (KMKPJ) pada 9 Disember 2011 (Jumaat).

Lawatan tersebut diketuai Pengerusi, Dato' Zainol Ishak, Setiausaha, Hj Zubir Hj Dahari dan Tajol Ariffin Hassan. Kunjungan yang amat bermakna itu disambut oleh Pengerusi KMKPJ, Hj Wan Abdullah Wan Su merangkap Nazir masjid.

Hj Wan Abdullah telah memberi sedikit taklimat berhubung operasi kedai koperasi. Katanya, kedai koperasi mendapat bekalan barangan daripada Mydin, Faiza Trading Dan Felda Holdings. Barangan yang dijual di kedai ini berharga murah dan mampu beli oleh ahli kariah. Kedai koperasi atau Kedai Serbanika M Shoppe.my mula dibuka pertengahan Julai 2011 dan jualan ketara meningkat dan memberangsangkan bila tiba Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketiga-tiga Ahli Lembaga KUMNSB menghabiskan masa kira-kira satu jam di kedai tersebut. Dato' Zainol berharap akan dapat menjalin kerjasama dengan kedai koperasi. Mungkin ada perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama untuk menyemarakkan lagi dunia perniagaan orang-orang Melayu kerana di kawasan Taman Panchor Jaya dan taman-taman perumahan di sekitarnya adalah majoriti Melayu.

Sebelum itu ketiga-tiga ALK telah berbincang perihal KUMNSB di laman santai rumah Hj Zubir Taman Panchor Jaya.

Selasa, 6 Disember 2011

MESYUARAT PEREKAYASAAN PELESENAN PERNIAGAAN UPEN

SATU mesyuarat focus group perekayasaan
pelesenan perniagaan telah diadakan pada 6
Disember 2011 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Wisma Negeri, Seremban bermula pukul 2.30 petang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Tahar Sudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan En. Anuar Ibrahim, wakil Pengurus Besar TM (M) Bhd. selaku pengerusi bersama.
Y.Bhg. Dato' Tahar telah memaklumkan kepada mesyuarat bahawa kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa PEMUDAH Negeri berikutan daripada arahan Jawatankuasa PEMUDAH Nasional untuk membuat penambahbaikan ke atas sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan negeri agar lebih cekap dan efisien.
Mesyuarat Jawatankuasa PEMUDAH peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 13 September lalu telah bersetuju untuk menubuhkan empat focus group yang bertanggungjawab mencadangkan penambahbaikan ke atas kelulusan tanah, pelesenan, pekerja dan industri. Unit Kerajaan Tempatan dan TM (M) Bhd telah dilantik sebagai urus setia bagi focus group perekayasaan pelesenan perniagaan.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, En. Mohd Talal Abu Bakar menyatakan bahawa jabatannya hanya mengeluarkan lesen-lesen berikut:
  1. Lesen borong
  2. Lesen alat timbang
  3. Lesen penarik kereta
  4. Lesen bahan mentah seperti tepung, gula dan minyak masak.
Sementara itu wakil Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Puan Nor Azura Mohd Rosdi menyatakan pengeluaran lesen PBT telah dipermudah dan penambahbaikan telah dibuat. Permohonan lesen untuk perindustrian diproses mengikut prosedur fast track sekiranya kelulusan bangunan telah diperoleh.
Manakala Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan yang di ketuai YDP Dato' Zainol Ishak, Penolong Setiausaha Negeri, Hj Zubir Hj Dahari dan YDP Seremban Selatan, En. Yusof Wahab.

Dato' Zainol menyuarakan keluhan peniaga betapa kesukaran mendapat lesen perniagaan. Pengamalan double standard oleh pihak PBT harus dikikis kerana ada pemohon yang senang dapat dan ada pula yang mengalami kesukaran. Persatuan penjaja katanya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan terutamanya MPS untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli persatuan.
Y.Bhg. Dato' Tahar mengucapkan ribuan terima kasih atas pandangan dan maklum balas daripada ahli mesyuarat dan perkara yang dibangkitkan akan dibawa ke peringkat atasan untuk tindakan selanjutnya. Mesyuarat ditangguhkan hingga pukul 3.45 petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

PPPKMNS form generated by Tajol Ariffin