BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
AHLI PERSATUAN PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR
NOTIS MAKLUMAN
SEMUA YDP-YDP DAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA CAWANGAN DIKEHENDAKI MENGHANTAR SESALINAN SENARAI AHLI-AHLI CAWANGAN MASING-MASING KEPADA SETIAUSAHA NEGERI SEBERAPA SEGERA SEBELUM PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN SERENTAK ANTARA CAWANGAN DIBUAT. TERIMA KASIH

Isnin, 23 April 2012

‘AH LONG’ DISEBALIK SYARIKAT PEMINJAM BERLESEN

Kajian mendapati syarikat pinjaman berlesen memperdaya peminjam dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan sedangkan menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 15 April 2011), kadar faedah yang boleh dikenakan terhadap peminjam ialah tidak melebihi 18 peratus setahun jika tanpa cagaran manakala kadar faedah tidak melebihi 12 peratus setahun pula dikenakan dengan peminjam yang mempunyai cagaran.

Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini mendapati terdapat lebih 30 kes yang diterima mendapati peminjam dikenakan kadar faedah antara 72 peratus setahun hingga 360 peratus setahun. Terdapat segelintir syarikat pinjaman yang turut dikesan mesyaratkan mangsa menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai satu syarat kepada peminjam dan kad ATM tersebut akan disimpan oleh syarikat peminjam sehingga bayaran pinjaman selesai sepenuhnya beserta dengan segala kos dan kadar faedah yang dikenakan.
Lebih memeritkan lagi bakal peminjam ialah mereka memaksa peminjam menandatangani borang perjanjian yang dikosongkan tanpa menyatakan jumlah ansuran perlu dibayar. Tindakan ini tidak ada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh syarikat peminjam tidak berlesen atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Long’.

Tinjauan mendapati terdapat lebih kurang 2,800 syarikat pinjaman berlesen yang beroperasi di seluruh negara ketika ini. Jika diandaikan 200 peminjam meminjam dengan syarikat-syarikat tersebut sejak 10 tahun yang lalu maka kira-kira 20% atau lima juta penduduk Malaysia terbabit dengan skim pinjaman ‘Ah Long’ yang bersembunyi atas status syarikat berlesen tetapi sebaliknya menafikan kehendak Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 15 April 2011).

Berdasarkan rekod, tiada lagi syarikat pinjaman berlesen ini yang mencatatkan kerugian sehingga terpaksa gulung tikar. Malah kewujudan syarikat peminjam berlesen yang sebenarnya terdiri dari ‘Ah Long-Ah Long’ ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) melaporkan statistik peminjam di Lembah klang sahaja menunjukan lebih 50 peminjam syarikat pinjaman berlesen ini terpaksa menanggung beban akibat dikenakan kadar faedah yang tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan dan mendakwa mereka diperdaya menandatangani dokumen dan baucer kosong sebagai syarat pinjaman.

Yang Dipertua PKP En. Samsudin Mohamad Fauzi ketika ditemui di pejabatnya di Cheras baru-baru ini berkata, syarikat pinjaman berlesen dilihat mengambil kesempatan daripada peminjam yang terlalu terdesak sehingga tidak menyedari kadar faedah yang dikenakan melebihi yang sepatutnya dan dalam banyak kes peminjam dikaburi jumlah kadar faedah yang dikenakan dengan menggunakan dokumen kosong yang ditandatangan peminjam.

Menurut beliau "Sebagai contoh, seorang peminjam yang dirakamkan percakapannya dengan pihak syarikat berkenaan mendakwa, dia terpaksa membayar melebihi RM7,000 dalam tempoh tiga tahun bagi pinjaman RM1,500,"
Samsudin memberitahu, pekerja syarikat pinjaman itu biasanya meminta peminjam mengosongkan borang perjanjian Jadual Pertama yang dilampirkan bersama Jadual J dengan alasan mereka terpaksa mengira terlebih dahulu jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu dibayar.

Malah katanya, peminjam tidak diberikan salinan perjanjian pinjaman dan resit bayaran sehingga menyebabkan mereka seolah-olah teraniaya apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

"Malah, pemberi pinjaman wang berlesen itu dilihat seolah-olah menjalankan kegiatan mereka seperti Ah Long di sebalik lesen yang dimiliki.

"Mereka turut menuntut kad ATM untuk disimpan sehingga pinjaman dijelaskan sepenuhnya. Jika gagal, mereka akan menggunakan pihak ketiga (pemungut hutang) apabila mangsa enggan atau gagal membayar termasuk datang ke tempat kerja atau rumah peminjam untuk mengugut, memalukan dan mengaibkan mangsa," katanya.

Masalah ini turut mendapat perhatian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihatkan pengguna yang diperdaya oleh ceti-ceti haram supaya melaporkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang. Bagaimanapun jelas Muhyiddin, kawal selia kegiatan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menurunkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

``Kementerian ini tidak ada apa-apa kuasa terhadap kes ini, cuma boleh nasihatkan pengguna sahaja... ia di bawah (bidang kuasa) kementerian lain,'' katanya.

Laporan akhbar-akhbar tempatan menyebut bagaimana ceti haram, termasuk syarikat pemberi pinjaman berlesen begitu berani mengenakan kadar pinjaman yang terlalu tinggi, tidak seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang. Mereka mengenakan kadar faedah yang mencecah sehingga 30 peratus sebulan atau 360 peratus setahun sedangkan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 hanya membenarkan kadar faedah antara 12 hingga 18 peratus setahun. Akta tersebut juga menyatakan sesebuah syarikat pinjaman berlesen hanya boleh memberi pinjaman antara RM10,000 hingga RM50,000 sahaja.

Kerajaan boleh menyiasat kegiatan itu sekiranya menerima aduan daripada orang ramai, khususnya mangsa yang terlibat. Menurut Muhyiddin, sekiranya syarikat pemberi pinjaman itu dilesenkan mereka boleh beroperasi, namun tidak boleh mengenakan faedah yang tinggi.
``Ada di antaranya mengenakan faedah tinggi antara 50 peratus hingga 100 peratus, ini tentu membebankan pengguna,'' katanya. Tambah beliau, pihak terbabit akan bertindak melebihi batasan hingga mengejar atau bertindak kasar terhadap peminjam yang tidak membayar balik pinjaman. Mereka yang membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen perlu memastikan hak-hak yang melindungi mereka sebelum membuat sebarang persetujuan dan menandatangani kontrak berkaitan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin pula berkata, pelanggan bukan sahaja perlu diberitahu mengenai kadar faedah yang dikenakan oleh syarikat pinjaman berlesen, malah mereka juga perlu mengetahui jumlah bayaran yang perlu dibuat pada setiap bulan. Selain itu katanya, peminjam juga berhak mendapatkan resit bagi setiap urusan pembayaran pada setiap bulan. Menurutnya, orang ramai yang ingin berurusan dengan syarikat pinjaman juga berhak untuk melihat lesen perniagaan syarikat tersebut sebelum memulakan proses pinjaman. Jika berasa ragu dengan syarikat pinjaman tersebut, mereka boleh membuat laporan terus kepada Kementerian Kewangan. Selain itu katanya, peminjam juga perlu meneliti segala syarat perjanjian yang dikemukakan sebelum menandatangani perjanjian pinjaman tersebut bagi mengelak diperdaya.

Ditanya mengenai saranan agar semua lesen pemberi pinjaman wang dilupuskan, Lajim berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan kerana ia diluluskan di bawah Akta Peminjaman Wang 1951 yang memperuntukkan kemudahan itu kepada orang ramai. Namun katanya, individu atau syarikat pinjaman yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, boleh didenda sebanyak RM20,000 atau 18 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

2 ulasan:

macam mana kalau kte na trace syarikat yg menipu kita
saya salah sorang customer yang di tipu dan sehingga ke hari ini saya masih tidak dapat duit yang di pinjam kan sedang kan syarikat pinjaman telah meminta saya mmbayar wang lawyer dan duit pendahuluan..bantu saya

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

PPPKMNS form generated by Tajol Ariffin