BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
AHLI PERSATUAN PPPKMNS-CAW.SEREMBAN SELATAN BOLEH MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI LAMAN BLOG PERSATUAN. HUBUNGI ADMIN BLOG SDR TAJOL ARIFFIN ATAU TN HJ. ZUBIR
NOTIS MAKLUMAN
SEMUA YDP-YDP DAN SETIAUSAHA-SETIAUSAHA CAWANGAN DIKEHENDAKI MENGHANTAR SESALINAN SENARAI AHLI-AHLI CAWANGAN MASING-MASING KEPADA SETIAUSAHA NEGERI SEBERAPA SEGERA SEBELUM PANGGILAN MESYUARAT TAHUNAN SERENTAK ANTARA CAWANGAN DIBUAT. TERIMA KASIH

Khamis, 19 April 2012

SYARAT PINJAMAN UK-DINAMIK DIPERKETAT

Tidak dapat dipastikan apakah syarat terbaru MARA ini menyeluruh ke semua Negeri atau hanya di Negeri Sembilan sahaja. Persatuan difahamkan oleh ahli-ahli, kini MARA Negeri Sembilan telah membuat garis syarat baru yakni tambahan kepada 5 lagi syarat menjadikan syarat yang terbaru bagi pinjaman UK-Dinamik menjadi 10 syarat. Borang permohonan pinjaman juga kini hanya boleh diambil di pejabat MARA dan setiap borang mestilah mempunyai no siri. Wakil peminjam tidak dibenarkan mengambil borang bagi pihak lain.

Terdapat rungutan dikalangan ahli-ahli mengatakan skim pinjaman UK-Dinamik kini lebih mirip kepada pinjaman MARA dan bukannya melalui dana Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Ahli-ahli yang telah mendapat pinjaman UK-Dinamik juga mendakwa peminjam juga tidak mendapat jumlah penuh pinjaman kerana beberapa potongan telah dibuat terlebih dahulu oleh pihak MARA. Justeru skim pinjaman UK-Dinamik ini akhirnya bukanlah menjadi satu pinjaman alternatif yang mudah. Bagaimanapun ia dilihat masih berbaloi berbanding dengan tawaran pinjaman daripada pihak bank. Apapun, ahli-ahli berharap agar persatuan dapat melakukan sesuatu untuk menjadikan pinjaman UK-Dinamik ini menepati sasaran kerajaan dalam menyediakan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil Melayu tanpa karenah birokrasi dan syarat-syarat yang menyukarkan bakal pemohon.

Utusan Online 

Syarat baru pinjaman UK-Dinamik :-
  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi
  2. Salinan sijil pendaftaran syarikat (ROC)
  3. Salinan kad pengenalan pemohon
  4. Salinan kad pengenalan penjamin
  5. Salinan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT/MPS) - Jika Ada
  6. Gambar pemohon bersaiz pasport
  7. Gambar-gambar lokasi, tapak perniagaan, kiosk, gerai atau premis perniagaan
  8. Salinan perjanjian sewa premis atau kiosk
  9. Salinan mana-mana bil atas nama pemohon
  10. Salinan sijil yang disahkan (Bagi lepas IPMA dan Giat MARA sahaja)

Tambahan syarat lain
  1. Surat Akaun Sumpah
  2. Maklumat Bank






0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
*
*
*
*
*
contact form faq verification image

PPPKMNS form generated by Tajol Ariffin